Aktiviti 1 (murid pencapaian tinggi)
Objektif Khusus:
Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit ukuran standard.
Bahan:
Air mineral dalam botol 1l, jug air, air kotak berperisa laici 1l, air dalam botol minyak masak 2l, air dalam botol pencuci 3l dan silinder penyukat, jadual perbandingan isipadu.
Langkah-langkah:
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan (setiap kumpulan diwakili oleh 5 orang murid)
2. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua.
3. Empat stesen dibentuk dan bahan bahan disediakan seperti berikut;
a) Sebotol air mineral 1l, sebotol air dalam minyak masak 2l, silinder penyukat
b) Satu jag air, air kotak berperisa laici 1l, silinder penyukat
c) Sebotol air dalam botol pencuci 3l, satu jag air, silinder penyukat
d) Sebotol air mineral 1l, sebotol air dalam botol pencuci 3l, silinder penyukat.
4. Setiap kumpulan dibekalkan dengan jadual isipadu cecair.
5. Murid akan bergerak ke setiap stesen dan menyukat isipadu cecair serta perlu mencatat isipadu cecair dalam jadual yang dibekalkan.
6. Setelah selesai, ketua bagi setiap kumpulan akan membentangkan isipadu air yang mana lebih banyak dan lebih sedikit dalam unit ukuran standard.
7. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator.
Jadual perbandingan isipadu
Arahan:
Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang betul.
Bahan | Isipadu yang banyak | Isipadu yang sedikit |
Stesen A | ||
Stesen B | ||
Stesen C | ||
Stesen D |
Aktiviti 2 ( murid berpencapaian rendah )
Objektif Khusus:
Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit ukuran standard
Bahan :
kad isipadu cecair berwarna ( kuning 1 l, biru 2 l, merah 3 l)Air dalam silinder penyukat 3 l, air susu dalam silinder penyukat 2 l, air oren dalam silinder penyukat 1 l, jadual perbandingan isipadu
Langkah-langkah:
1. Murid secara berpasangan dibekalkan dengan 3 kad isipadu cecair berwarna dan jadual perbandingan isipadu cecair.
2. Air dalam silinder penyukat 3 l, air susu dalam silinder penyukat 2 l, air sirap dalam silinder penyukat 1 l disediakan di hadapan kelas. Setiap silinder penyukat dilabelkan jumlah isipadu .
3. Berpandukan kad yang tertera jumlah isipadu yang berlainan warna, murid secara berpasangan akan membandingkan jumlah isipadu dan mencatat isipadu mana yang lebih banyak menggunakan unit ukuran standard.
a) Stesen A :Kad kuning dan kad biru
b) Stesen B : Kad kuning dan kad merah
c) Stesen C : Kad merah dan kad biru
4. Wakil antara murid akan membentangkan hasil yang diperolehi di hadapan kelas serta merumuskan kad mana yang paling banyak isipadu air dan paling sedikit isipadu air.
Arahan:
Tandakan “ √ “pada jumlah air yang lebih banyak dan “ X” pada jumlah air yang sedikit.
Stesen A | Kad kuning | Kad biru |
Stesen B | Kad kuning | Kad merah |
Stesen C | Kad merah | Kad biru |
0 comments:
Post a Comment