BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 27, 2010

Bahan Bantu Pembelajaran (Aktiviti 1)




Bahan Bantu Pembelajaran (Aktiviti 2)

                                                                        Jug berisi air oren
                                                   Jug berisi air
  
                                                        Jug berisi susu
                                                Silinder Penyukat
                                                                     Kad biru
                                                             Kad kuning
                                                               Kad merah

Aktiviti Pembelajaran

Aktiviti 1 (murid pencapaian tinggi)
Objektif Khusus:
Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit ukuran standard.
Bahan:
 Air mineral  dalam botol 1l, jug air, air kotak berperisa laici 1l, air dalam botol minyak masak 2l, air dalam botol pencuci 3l  dan silinder penyukat, jadual perbandingan isipadu.
Langkah-langkah:
1.      Murid dibahagikan kepada empat kumpulan (setiap kumpulan diwakili oleh 5 orang murid)
2.      Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua.
3.      Empat stesen dibentuk dan bahan bahan disediakan seperti berikut;

a)      Sebotol air mineral 1l, sebotol air dalam minyak masak 2l, silinder penyukat
b)      Satu jag air, air kotak berperisa laici 1l, silinder penyukat
c)      Sebotol air dalam botol pencuci 3l, satu jag air, silinder penyukat
d)     Sebotol air mineral 1l, sebotol air dalam botol pencuci 3l, silinder penyukat.

4.      Setiap kumpulan dibekalkan dengan jadual isipadu cecair.
5.      Murid akan bergerak ke setiap stesen dan menyukat isipadu cecair  serta perlu mencatat isipadu cecair dalam jadual yang dibekalkan.
6.      Setelah selesai, ketua bagi setiap kumpulan akan membentangkan isipadu air yang mana lebih banyak dan lebih sedikit  dalam unit  ukuran standard.
7.      Guru hanya bertindak sebagai  fasilitator.
Jadual perbandingan isipadu

Arahan:
Isikan ruangan kosong dengan  jawapan yang betul.

Bahan
Isipadu yang banyak
Isipadu yang sedikit
Stesen A


Stesen B


Stesen C


Stesen D




 Aktiviti  2 ( murid berpencapaian rendah )
Objektif Khusus:
Membandingkan isipadu cecair menggunakan unit ukuran standard
Bahan :
kad isipadu cecair berwarna ( kuning 1 l, biru 2 l, merah 3 l)Air dalam silinder penyukat  3 l, air susu dalam silinder penyukat 2 l, air oren  dalam silinder penyukat  1 l, jadual perbandingan isipadu
Langkah-langkah:
1.      Murid secara berpasangan dibekalkan dengan 3  kad isipadu cecair berwarna dan jadual perbandingan isipadu cecair.
2.      Air dalam silinder penyukat  3 l, air susu dalam silinder penyukat  2 l, air sirap dalam silinder penyukat 1 l disediakan di hadapan kelas. Setiap silinder penyukat dilabelkan jumlah  isipadu .
3.      Berpandukan  kad yang tertera jumlah isipadu yang berlainan warna, murid secara berpasangan akan  membandingkan jumlah isipadu dan mencatat isipadu mana yang lebih banyak menggunakan unit ukuran standard.
a)      Stesen  A :Kad kuning dan  kad biru
b)      Stesen B : Kad kuning dan   kad merah
c)      Stesen C : Kad merah dan  kad biru
4.      Wakil antara murid akan membentangkan  hasil yang diperolehi  di hadapan kelas serta merumuskan kad mana yang paling banyak isipadu air dan paling sedikit isipadu air.


Arahan:
Tandakan “ √  “pada jumlah air yang lebih banyak dan “ X” pada jumlah air yang sedikit.

Stesen A
Kad kuning
Kad biru


Stesen B
Kad kuning
Kad merah


Stesen C
Kad merah
Kad biru













Aktiviti Pembelajaran( isipadu cecair )

Wednesday, November 24, 2010

menyukat isipadu cecair menggunakan unit ukuran standard

soalan 1.Video.